Malaysia mula membekalkan pegawai dan anggota dengan jaket flak (flak jacket) semasa misi pengaman Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia dan Bosnia (dan mungkin juga di Kemboja) iaitu sekitar awal 1990an.
Jaket flak mampu menahan serpihan kecil tetapi bukan tembakan peluru raifal secara terus.
Beberapa operasi seterusnya menyaksikan penggunaan jaket flak termasuk OP KHAS 304 untuk menangani ancaman kumpulan Al-Maunah dan kemudian OP KHAS TIMOR LESTE 2006 untuk memenuhi permintaan kerajaan Timor Leste pada ketika itu (mungkin jaket flak yang sama dari era Somalia / Bosnia).
Sekitar pertengahan tahun 2000an, angkatan tentera Malaysia dilihat mula mengorak langkah untuk membekalkan pegawai dan anggota dengan jaket kalis peluru sebenar, mengambil pengajaran dari operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq selepas insiden 9/11, di mana penggunaan jaket kalis peluru dilihat banyak menyelamatkan nyawa.
OP DAULAT
Semasa berlaku insiden pencerobohan Royal Sulu Force di Sabah pada tahun 2013, angkatan tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dilihat sedikit sebanyak telah biasa dengan penggunaan jaket kalis peluru dan helmet balistik walaupun sangat jelas terdapat beberapa pasukan yang tidak menggunakannya.
Ini kerana ancaman ketika itu adalah jelas iaitu penceroboh dilengkapi senjata kaliber 5.56mm dan 7.62mm.
Hasil daripada perancangan operasi dan aset yang mantap, OP DAULAT yang dilancarkan untuk menangani ancaman Royal Sulu Force ini telah berjaya dilaksanakan tanpa kehilangan nyawa yang besar di pihak pasukan keselamatan.
Diharapkan penggunaan jaket kalis peluru, helmet balistik dan perlindungan mata balistik kedua-dua pasukan tentera dan polis akan sentiasa dikemas kini mengikut perkembangan semasa kerana jaket kalis peluru mempunyai tarikh luput di mana fiber kalis peluru tidak lagi mampu berfungsi mengikut spesifikasi asal.
M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.
M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.