AcaraBerita

Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan di Sekolah

Kongsi di

LANGKAWI – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari telah merasmikan Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development, R&D) Pertahanan di Sekolah pada 24 Mei bertempat di Pavilion MINDEF, Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC).

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan, kesedaran dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi secara amnya dan secara khususnya dalam aktiviti penyelidikan pertahanan.

Program Membudayakan R&D ini juga membuktikan komitmen STRIDE dan Kementerian Pertahanan terhadap usaha-usaha untuk menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi bukan sahaja dalam kalangan warga pertahanan tetapi kepada generasi muda iaitu para pelajar sekolah menengah.

Objektif penganjuran program adalah seperti berikut:
a. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan (ST&I) serta R&D pertahanan;
b. Menarik minat seterusnya menggalakkan para pelajar memilih aliran sains pada peringkat menengah atas dan universiti;
c. Mencungkil dan memupuk bakat pelajar-pelajar sekolah di dalam R&D pertahanan;
d. Menyokong pelaksanaan dasar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; dan;
e. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.

Dua Aktiviti Utama

Program Membudayakan R&D Pertahanan di Sekolah ini akan dilaksanakan secara berterusan melalui dua aktiviti utama iaitu;
a. Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi (ST&I) Pertahanan di mana, para penyelidik STRIDE akan mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah terpilih bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan aktiviti penyelidikan dan mengadakan pameran berkaitan kemajuan teknologi pertahanan; dan
b. Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Future Soldier atau Tentera Masa Hadapan. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dibuka kepada penyertaan pelajar sekolah menengah seluruh negara. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kreativiti serta mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk menghasilkan projek inovasi yang berimpak tinggi. Pelajarpelajar akan berpeluang mengetengahkan idea inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema pertandingan.

Penyertaan Pertandingan ini akan dibuka mulai hari ini dan Majlis Penutup akan diadakan pada November 2023. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal rasmi STRIDE atau dengan menghubungi Pengerusi Program, Dr. Ridwan bin Yahaya melalui e-mel ([email protected]) atau telefon (03-8732 4400). — stride/perajurit/mhi (Foto: STRIDE)

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.