BeritaEksesais

SEAEX THAMAL – Kerjasama Strategik Penguatkuasaan Maritim Dua Negara

Kongsi di

Tanjung Gelang, 27 Ogos 2022 – Sea Exercise Thailand-Malaysia (SEAEX THAMAL) adalah merupakan eksesais bilateral di antara komponen keselamatan maritim Malaysia iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin Diraja Malaysia (PPM PDRM) bersama Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) dan agensi keselamatan maritimnya yang telah bermula di 2nd Naval Area Command (2nd NAC) Songkhla, Thailand dan berakhir di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Kuantan.

Pegawai Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat, Lt Kdr Haimin Mohamad berkata, “Eksesais dwi-tahunan ini bertujuan untuk memupuk persefahaman dan kebolehoperasian bersama di antara Angkatan Maritim kedua-dua negara.

Selain itu, ianya juga membuktikan keupayaan dan kesiagaan angkatan serta keberkesanan perhubungan strategik di samping memperkuatkan lagi keselamatan dan keupayaan melalui perkongsian berwibawa”.

SEAEX THAMAL 66/22 dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) di perairan Laut China Selatan. Eksesais ini dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu fasa pelabuhan yang berlangsung di Songkhla Naval Base mulai 22 Ogos 2022 diikuti oleh fasa laut di perairan Laut China Selatan pada 24 Ogos 2022 sebelum diakhiri dengan fasa penutup di Pangkalan TLDM Kuantan pada 26 Ogos 2022.

Antara aset-aset pertahanan maritim negara yang terlibat adalah KD HANDALAN, KD GEMPITA dari TLDM, KM BAGAHAK dari Maritim Malaysia dan PA 6 dari PPM PDRM manakala aset-aset Thailand yang terlibat adalah HTMS KLONG-YAI, PGM 991 dan PGM 114.

Latihan HLT Bersama HMST, tingkatkan interoperability TLDM-RTN

Pelbagai Latihan Semasa SEAEX THAMAL

Pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan semasa fasa laut meliputi Latihan Manuvra, Flashex, Flag Hoist, Replenishment at Sea (RAS) dan Heaving Line Transfer (HLT).

Kata Haimin lagi, kejayaan pelaksanaan eksesais ini membuktikan komitmen yang jitu serta ketersediaan dan kebolehoperasian aset dari kedua-dua negara bagi memelihara kepentingan dan khazanah maritim di perairan wilayah tersebut.

Upacara Pembukaan Eksesais telah disempurnakan oleh Commander 2nd NAC RTN iaitu Vice Admiral Suntorn Kamklai di 2nd Naval Area Command HQ, Songkhla pada 22 Ogos 2022 yang lalu.

Manakala upacara Penutup Eksesais SEAEX THAMAL 66/22 telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain dan disaksikan oleh Chief of Staff 2nd Naval Area Command TLDT, Rear Admiral Thawatchai Pimmuang di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1.

Kunjungan Hormat Chief of Staff 2nd Naval Area Command TLDT terhadap Panglima Wilayah Laut 1, YBhg Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain perkasa jalinan erat TLDM-RTN

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.