MENGENAI PERAJURIT

Perajurit ialah majalah pertahanan dalam bahasa Melayu terulung di pasaran. Mula dipasarkan sebagai majalah Perajurit pada tahun 1993, majalah ini telah wujud dalam versi awal sejak penghujung tahun 1960an bersama versi awal majalah pertahanan dalam bahasa Inggeris (kini dikenali sebagai Asian Defence Journal) di bawah payung syarikat yang sama (Syed Hussain Publications, kini SHP Media).

Selain Asian Defence Journal (ADJ), penerbitan berkaitan pertahanan yang lain yang diterbitkan oleh SHP Media termasuk ADJ’s Training & Simulation (ADJ’s T&S) dan Asian Defence Yearbook.

Kini Perajurit telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan platform atas talian – perajurit.com yang akan menjadi platform eksklusif untuk memaparkan artikel-artikel eksklusif dan berita-berita terkini mengenai isu-isu pertahanan dan keselamatan serantau.

Lembaga Editorial

Pengasas: Dato Haji Syed Hussain Syed Abdul Karim (1930 – 2018)

Penerbit: Syed Mohd Fazilla Dato Haji Syed Hussain

Editor Eksekutif: M Hanif Ismail

Editor Kumpulan: M Ghazemy Mahmud

Penulis:

Isaak Zulkarnaen

Ehsan Iskandar

Hamzah Haji Dollah