EksklusifOperasiSejarah

Jaket Kalis Peluru Menyelamat Nyawa

Kongsi di

Malaysia mula membekalkan pegawai dan anggota dengan jaket flak (flak jacket) semasa misi pengaman Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia dan Bosnia (dan mungkin juga di Kemboja) iaitu sekitar awal 1990an.

Jaket flak mampu menahan serpihan kecil tetapi bukan tembakan peluru raifal secara terus.

Beberapa operasi seterusnya menyaksikan penggunaan jaket flak termasuk OP KHAS 304 untuk menangani ancaman kumpulan Al-Maunah dan kemudian OP KHAS TIMOR LESTE 2006 untuk memenuhi permintaan kerajaan Timor Leste pada ketika itu (mungkin jaket flak yang sama dari era Somalia / Bosnia).

Sekitar pertengahan tahun 2000an, angkatan tentera Malaysia dilihat mula mengorak langkah untuk membekalkan pegawai dan anggota dengan jaket kalis peluru sebenar, mengambil pengajaran dari operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq selepas insiden 9/11, di mana penggunaan jaket kalis peluru dilihat banyak menyelamatkan nyawa.

OP DAULAT

Semasa berlaku insiden pencerobohan Royal Sulu Force di Sabah pada tahun 2013, angkatan tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dilihat sedikit sebanyak telah biasa dengan penggunaan jaket kalis peluru dan helmet balistik walaupun sangat jelas terdapat beberapa pasukan yang tidak menggunakannya.

Ini kerana ancaman ketika itu adalah jelas iaitu penceroboh dilengkapi senjata kaliber 5.56mm dan 7.62mm.

Hasil daripada perancangan operasi dan aset yang mantap, OP DAULAT yang dilancarkan untuk menangani ancaman Royal Sulu Force ini telah berjaya dilaksanakan tanpa kehilangan nyawa yang besar di pihak pasukan keselamatan.

Diharapkan penggunaan jaket kalis peluru, helmet balistik dan perlindungan mata balistik kedua-dua pasukan tentera dan polis akan sentiasa dikemas kini mengikut perkembangan semasa kerana jaket kalis peluru mempunyai tarikh luput di mana fiber kalis peluru tidak lagi mampu berfungsi mengikut spesifikasi asal.

Galeri

Gambar menunjukkan jaket kalis peluru seorang tentera Ukraine selepas serangan pihak Rusia. Berdasarkan gambar, dipercayai jaket kalis peluru ini terkena serpihan serangan artileri. Anggota tentera Ukraine tersebut selamat. Foto: Internet
(13 Mei 1994) Para pegawai PBB mengesahkan pada hari Jumaat (13/5) bahawa seorang pemerhati tentera Malaysia terbunuh oleh peluru mortar yang mendarat lima ela dari kenderaannya, di luar Sarajevo. Jurucakap Pasukan Perlindungan PBB Komander Eric Chaperon berkata seorang pemerhati tentera Mesir dan seorang askar Bosnia turut cedera dalam serangan pada Khamis di Visoko, 13 batu (20 km) barat laut Sarajevo. Ariffin Zakaria telah diterbangkan pada hari Jumaat dari Sarajevo ke ibu negara Croatia Zagreb, di mana ia sedang menunggu pengangkutan ke Malaysia. Dia adalah pemerhati tidak bersenjata kedua yang terbunuh dalam dua tahun lalu.
Tentera Malaysia di Somalia. Foto: Internet
Seorang askar Malaysia memeriksa senjatanya ketika mereka tiba di lapangan terbang Dili, Timor Timur, Jumaat, 26 Mei, 2006. Pertempuran sengit berlaku di ibu negara Timor Timur ketika tentera antarabangsa bergelut untuk menamatkan pertempuran yang mengancam untuk menjerumuskan negara termuda di dunia itu kembali ke dalam perang saudara. (Foto AP/Firdia Lisanwati)

GALERI OP DAULAT

Polis Malaysia mengiringi mayat komando polis yang maut yang terbunuh dalam serangan mortar semasa pertempuran dengan lelaki bersenjata Sulu di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, di pulau Borneo Malaysia pada 1 Mac 2013. Tiga orang termasuk dua pegawai polis terbunuh pada 1 Mac ketika pasukan keselamatan Malaysia menamatkan perselisihan dengan lelaki bersenjata Filipina berhubung pertikaian wilayah di Sabah, kata kerajaan Filipina. AFP PHOTO / AGENSI BERITA BERNAMA (Kredit foto harus dibaca AGENSI BERNAMA/AFP melalui Getty Images)
Gambar yang diambil pada 5 Mac 2013 oleh Agensi Berita Bernama Malaysia menunjukkan askar Malaysia (PASKAU) menaiki helikopter untuk menyerang lelaki bersenjata dari Filipina di Cenderawasih berhampiran kampung Tanduo. Tentera Malaysia menggeledah dari rumah ke rumah pada 6 Mac selepas penceroboh bersenjata Filipina nampaknya terlepas daripada serangan tentera, ketika gerila Filipina memberi amaran lebih ramai pejuang telah tiba. Malaysia pada 5 Mac melancarkan serangan dengan jet pejuang dan tentera ke atas sehingga 300 penceroboh Filipina dalam usaha untuk menamatkan kebuntuan berdarah selama tiga minggu di mana 27 orang telah dilaporkan terbunuh, termasuk lapan anggota polis. AFP PHOTO / AGENSI BERITA BERNAMA (Kredit foto harus dibaca BERNAMA/AFP melalui Getty Images)
FELDA SAHABAT, SABAH, MALAYSIA – 08 MAC: Dalam imej edaran yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia ini, askar Malaysia melepaskan tembakan mortar ke arah lelaki bersenjata Filipina semasa kebuntuan pada 8 Mac 2013 di kampung sekitar Felda Sahabat, Sabah, Malaysia. Kumpulan bersenjata Filipina yang mengaku sebagai angkatan bersenjata diraja Kesultanan Sulu telah menduduki bandar pantai itu. Laporan mendakwa bahawa waris Sultan Sulu telah memutuskan untuk mendesak tuntutan mereka ke atas Sabah di pulau Borneo selepas mereka diketepikan dalam proses damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). (Foto oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Getty Images)

Foto: Internet #MajalahPerajurit

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.