EksklusifIndustriOperasi

Bantuan dari UK untuk Ukraine. Harapan untuk FPDA?

Kongsi di

United Kingdom (UK) telah mendermakan lebih 200 kenderaan berperisai kepada Ukraine setakat ini, termasuk kereta kebal Challenger 2 (akan datang).

Gambar ialah di antara kenderaan berperisai yang telah didermakan kepada Ukraine oleh UK.

Oleh kerana UK dan Ukraine berada di benua Eropah maka kenderaan-kenderaan ini boleh dihantar menggunakan jalan laut kemudian darat (menggunakan tank transporter, konvoi atau keretapi).

Malaysia dan FPDA

Malaysia dan UK bersama di dalam Five Power Defence Arrangements (FPDA).

Tiga negara lain dalam FPDA ialah Australia, New Zealand dan Singapura.

Jika Malaysia terlibat dengan konflik terbuka (selain dengan Singapura), adakah Malaysia boleh mengharapkan bantuan seperti ini?

Mungkin tidak, kerana jarak Malaysia yang jauh daripada UK, di mana jalan laut akan memakan masa sebelum sampai ke Malaysia.

Selain itu jalan laut juga berisiko jika musuh mempunyai aset seperti kapal selam dan kapal perang untuk menutup sea lines of communication (SLOC).

Namun bantuan yang mungkin boleh dihulurkan ialah seperti maklumat risikan elektronik, satelit dan lain-lain.

Pentingnya Mempunyai Simpanan Perang dan Kilang Senjata Sendiri

Mahu tidak mahu, Malaysia perlu berdiri sendiri dalam sebarang konflik dan tidak boleh terlalu bergantung kepada FPDA.

Antara aset yang diperlukan dalam jumlah yang banyak ialah :-

  • Senjata ringan dan amunisi untuk pasukan regular, simpanan dan kerahan,
  • Senjata bantuan seperti mortar dan amunisi,
  • Senjata berat seperti artileri dan artileri roket dan amunisi,
  • Senjata anti kereta kebal dan amunisi,
  • Senjata pertahanan udara seperti MANPADS,
  • Kenderaan berperisai dan amunisi,
  • Kereta kebal dan amunisi,
  • Simpanan minyak petrol, diesel dan bahan api lain (AVGAS dan AVTUR),
  • Baju kalis peluru, helmet balistik dan lain-lain.

Di Malaysia, kebanyakan industri termasuk industri strategik seperti pengeluaran senjata ringan dan peluru telah diswastakan semasa zaman PM4.

Mengikut laporan berita, beberapa dari syarikat swasta ini gagal diuruskan dengan baik dan kini mengalami masalah aliran tunai.

Masalah yang pernah membelenggu SME Ordnance Sdn Bhd Batu Arang suatu ketika dahulu. Sumber: FB

Persoalan sekarang adakah, mengambil kira suasana geopolitik semasa, adakah wajar industri-industri strategik ini di-nasionalisasikan semula?

Ia mungkin memakan kos berbilion ringgit namun langkah ini memberi jaminan industri ini akan mampu menyokong negara semasa Period of Tension dan semasa konflik.

Foto: Kementerian Pertahanan UK, Royal Armoured Corps #MajalahPerajurit

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.