BeritaEksklusifIndustri

Helikopter EC225 LP MHS Akan Dijual Kepada Vietnam?

Kongsi di

Terdapat khabar angin mengatakan helikopter EC225 LP milik MHS Aviation (di bawah Boustead Group) akan dijual kepada satu firma Vietnam.

MHS Aviation mengoperasikan sekitar lima helikopter Airbus Helicopters EC225 LP iaitu versi awam helikopter EC725 AP yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Operasi helikopter MHS Aviation terjejas selepas pelanggan utama mereka iaitu Petronas tidak lagi berminat untuk menggunakan khidmat helikopter dari jenis ini selepas satu kemalangan yang melibatkan helikopter dari jenis ini di Norway pada tahun 2016 yang mengorbankan 13 nyawa.

MHS Aviation menerima helikopter pertama dari jenis ini pada tahun 2009 dan helikopter kelima dari jenis ini pada tahun 2013.

Latar belakang ialah helikopter MHS Aviation

VNH

Terdapat satu firma besar di Vietnam yang mengoperasikan helikopter dari Airbus Helicopters termasuk dari jenis EC225 / H225 iaitu VNH South di bawah Vietnam Helicopters (VNH).

VNH South mengoperasikan sekitar empat buat helikopter AS332 L2 Super Puma, dua H155 dan empat H225 (anggaran tahun 2017).

Vietnam Helicopters ialah satu perniagaan di bawah Kementerian Pertahanan Nasional Vietnam (juga dikenali sebagai Binh doan 18 atau Korps ke-18).

Ini bermakna aset VNH ialah aset kepada angkatan tentera Vietnam.

Berkemungkinan VNH South ialah bakal tuan baru helikopter EC225 LP milik MHS Aviation.

Barisan aset helikopter VNH

Usaha Yang Gagal

Terdapat usaha untuk menawarkan EC225 LP milik MHS Aviation sebagai aset sewaan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia memandangkan MHS Aviation mempunyai kepakaran dalam menyelenggarakan aset dari jenis ini dan terdapat banyak persamaan antara helikopter EC225 dengan EC725 dalam perkhidmatan sekarang namun usaha ini menemui kegagalan.

Semoga Tentera Udara Diraja Malaysia akan dapat memenuhi kelompongan dalam aset sayap putarnya dengan kadar segera untuk menyokong keperluan operasi Angkatan Tentera Malaysia khasnya dan kerajaan amnya.

Helikopter EC725 AP TUDM.

Foto: MHS Aviation, FB Sheikh Ezneihan Azhar, FB Aviation Vietnam, TUDM #MajalahPerajurit

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.