BeritaEksklusif

Konflik Antara Kumpulan Bersenjata Rohingya, RSO vs ARSA

Kongsi di

Pada pertengahan bulan Jan 2023 telah berlaku tembak menembak antara dua kumpulan Rohingya yang bersenjata iaitu kumpulan Rohingya Solidarity Organisation (RSO) dan kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).

Seorang anggota kumpulan RSO terbunuh dalam kejadian ini yang berlaku di kem pelarian Rohingya di sempadan Myanmar – Bangladesh (zero line).

Kumpulan ARSA dianggap sebagai kumpulan pengganas di Bangladesh kerana dituduh terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk dadah.

Kumpulan ARSA pula menuduh agensi keselamatan Bangladesh seperti Border Guard Bangladesh dan Rapid Action Battalion mendera orang Rohingya yang tidak bersalah kerana menyokong ARSA.

Dibandingkan dengan kumpulan bersenjata di Myanmar yang lain, kumpulan ARSA boleh dilihat antara yang paling daif dari segi persenjataan.

Ataullah dikatakan terlibat dalam pertempuran ini. Foto: Internet

Risiko Kepada Malaysia

Mengikut anggaran, terdapat sekitar 1.3 juta orang Rohingya di Bangladesh (pelarian dari Myanmar dan yang lahir di kem-kem pelarian), 600 ribu yang masih di Myanmar, 500 ribu di Pakistan, 190 ribu di Arab Saudi, 150 ribu di Malaysia (sekitar 100 ribu berdaftar sebagai pelarian dengan United Nations High Commissioner for Refugees atau UNHCR) dan 50 ribu di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Negara-negara lain yang mempunyai komuniti Rohingya termasuk India, Amerika Syarikat, Thailand dan Australia.

Terdapat risiko pertelingkahan antara kumpulan RSO dan ARSA serta penyokong kedua-dua organisasi ini merebak ke negara-negara yang mempunyai komuniti Rohingya yang besar termasuk Malaysia.

Malaysia pernah menghantar tim hospital medan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar selama tiga tahun berakhir pada tahun 2020.

Aturgerak yang dikenali sebagai OP STARLIGHT ini telah ditamatkan oleh kerajaan (Menteri Pertahanan Mat Sabu) mengambil kira faktor pandemik COVID-19 pada ketika itu.

Namun, mungkin Malaysia masih mempunyai jaringan komunikasi dengan komuniti Rohingya di sana yang boleh membantu dari segi maklumat perisikan terkini mengenai konflik di antara RSO dan ARSA.

Salah seorang anggota RSO yang terbunuh dalam pertempuran tersebut. Sumber: Internet

Sumber: Internet #MajalahPerajurit

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.