BeritaEksklusif

Tentera Darat Memperolehi 102 Unit Mortar Transporter

Kongsi di

Tentera Darat sedang dalam proses memperolehi 102 unit mortar transporter dari jenis MT 815 dari syarikat Cendana Auto.
72 unit akan dihantar tahun ini dan 30 unit lagi tahun hadapan.

Kenderaan MT 815 ini ialah untuk membawa mortar 81mm, sekitar 70 butir peluru mortar 81mm dan lima orang anggota platun mortar.
Senjata mortar 81mm ialah di bawah platun mortar di bawah kompeni bantuan.

Arahan tembak datang dari ketua platun mortar berpangkat Kapten melalui rancangan tembakan (fireplan) bersama bateri artileri.
Malaysia baru memperolehi 72 unit mortar 81mm dari firma Sepanyol, Expal Systems dengan Talos Fire Control System dari firma GMV juga dari Sepanyol.

Tambahan pesanan 30 unit mortar transporter membayangkan pembelian tempahan mortar 81mm untuk Tentera Darat.
102 unit mortar 81mm boleh melengkapi sekitar 12 hingga 13 platun mortar.

Penggunaan mortar 81mm dengan jarak sekitar 6km dengan sistem kawalan tembakan moden membolehkan gerakan pasukan infantri disokong dengan rancangan tembakan yang efektif.

Foto: Internet #MajalahPerajurit

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.