AcaraBeritaEksklusifIndustri

Tentera Udara Diraja Malaysia Dapat Tiga ANKA Dari Turkiye

Kongsi di

LANGKAWI – Malaysia sah akan membeli tiga pesawat nirawak altitud sederhana tahan lama (MALE UAV) ANKA dari firma Turkish Aerospace Industries (TAI).

Kontrak telah dimaterai dalam satu upacara di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition baru-baru ini antara wakil TAI dan Kementerian Pertahanan Malaysia, dan dilaporkan bernilai RM428 juta.

Firma TAI sebelum ini telah menandatangi persetujuan kerjasama dengan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) pada April 2023 untuk bekerjasama dengan 10 universiti di Malaysia dalam membangunkan modal insan, sumber manusia dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama.

Antara lain, firma TAI juga telah menandatangai memorandum persefahaman dengan MIMOS pada Oktober 2022, dan Universiti Malaya pada Jun 2022. TAI membuka pejabat di Malaysia pada November 2021.

TAI sebelum ini telah berjaya mengeksport ANKA kepada beberapa negara sahabat termasuk Kazakhstan pada tahun 2021.

ANKA

ANKA ialah pesawat nirawak altitud sederhana tahan lama (MALE UAV) yang dibangunkan oleh firma TAI. Perbangan pertama ialah pada Disember 2010 dan kontrak pertama untuk ANKA ialah pada tahun 2013.

Ini bermakna rekabentuk ANKA telah berumur 10 tahun pada tahun ini.

ANKA dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk memastikan pesawat nirawak ini lebih tahan lasak dalam pelbagai situasi. Ia mempunyai rentang sayap 17.5m, panjang 8.6m, dan tinggi 3.25m.

Ia mampu terbang lebih 30 jam dan siling servis 30,000 kaki. ANKA dilengkapi datalink dengan jarak lebih 250km dan boleh membawa beban lebih 350kg selama lebih 30 jam. Berat maksimum untuk berlepas (MTOW) ANKA ialah 1,700kg.

No. 11 Skuadron TUDM

ANKA dipercayai akan dioperasikan oleh No. 11 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah didesignasikan sebagai Skuadron UAS.

Pada 1 Jun 2020, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengumumkan tentang pengoperasian Skuadron UAS iaitu No. 11 Skuadron dalam masa terdekat di dalam perutusan sempena Hari TUDM Ke-62.

Skuadron ini akan menjadi Skuadron UAV pertama dalam TUDM. — perajurit/mhi (Foto: TAI)

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.