AcaraBerita

Airbus dan Tentera Udara Diraja Malaysia Meraikan 10 Tahun Kecemerlangan Beroperasi bagi Fleet Helikopter H225M

Kongsi di

LANGKAWI – Airbus Helicopters telah mengadakan upacara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) untuk meraikan 10 tahun operasi fleet helikopter H225M Tentera Udara Diraja Malaysia. Tentera Udara Diraja Malaysia kekal menjadi pengendali ketenteraan H225M yang tertinggi di dunia.

Fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit telah berkhidmat semenjak 2012. Direka untuk misi yang mencabar, fleet tersebut telah mengambil bahagian dalam pelbagai latihan dan misi kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan banjir dan operasi menyelamatkan nyawa. Secara keseluruhan, mereka telah mencapai lebih daripada 30,000 jam penerbangan, mengikut kenyataan media dari Airbus bertarikh 23 Mei.

Acara ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, ditemani  Lt Kol Paranjothi Manogharan TUDM. Ketua Asia-Pasifik Airbus Helicopters, Vincent Dubrule, telah menyampaikan anugerah kepada Panglima Tentera Udara untuk  meraikan kejayaan yang dicapai.

Sebagai aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti, H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan. Kini, kira-kira 160 H225M berkhidmat di seluruh dunia. Selain Malaysia, H225M juga digunakan oleh Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura, dan Thailand untuk menyokong dan melaksanakan misi mereka yang paling mencabar. –airbus/perajurit/mhi (Foto: Airbus)

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.