AcaraBeritaIndustri

Airbus dan Polis Diraja Malaysia Meraikan 30 Tahun Operasi AS355

Kongsi di

LANGKAWI Airbus Helicopters dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan 30 tahun sejak memperkenalkan fleet helikopter AS355 dalam operasi Polis Diraja Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada Mei 25 lalu.

Terdiri daripada tujuh helikopter AS355, fleet PDRM tersebut telah aktif berkhidmat sejak tahun 1993 dan digunakan untuk pelbagai misi penerbangan polis. Secara keseluruhan, armada AS355 PDRM merekodkan penerbangan terkumpul sebanyak 70,000 jam. 

Vincent Dubrule, Ketua Asia-Pasifik, Airbus Helicopters, telah menyampaikan anugerah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai tanda pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai. –airbus/perajurit/mhi (Foto: Airbus)

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.