UAV Schiebel Camcopter S-100 Terbukti di OP DAULAT
Pesawat nirawak (UAV) dari jenis ini digunakan oleh banyak negara di seluruh dunia termasuk oleh Australia (~40 unit), China (18), Malaysia (~3), Myanmar, Rusia dan Thailand (~3).
Pengguna di Malaysia termasuk syarikat Petronas dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
Antara insiden yang menyaksikan penggunaan UAV dari jenis ini ialah semasa insiden Lahad Datu 2003 di mana pihak BSPP telah meminjam S-100 pihak Petronas untuk menjalankan pemantauan ke atas anggota Royal Sulu Force di Tanduo.
Oleh kerana UAV ini boleh berlepas dan mendarat seperti helikopter, ia banyak digunakan di atas kapal oleh beberapa angkatan laut.
Antara pengguna ialah tentera laut China yang mengoperasikannya dari atas kapal frigat Type 054A. China membeli 18 unit pesawat nirawak dari jenis ini pada tahun 2010.
Baru-baru ini (Feb 2023) syarikat Schiebel dan Thales telah mendapat kontrak dari Kementerian Pertahanan UK untuk sistem UAV Peregrine berasaskan sistem S-100 untuk dioperasikan dari kapal frigat Type 23 Tentera Laut Diraja.
Sistem ini akan digandingkan dengan radar I-Master dari Thales yang boleh dioperasikan dalam mod Synthetic Aperture Radar dan Maritime Moving Target Indication.

Peranan
Ia boleh digunakan untuk meningkatkan situational awareness kapal terutama dalam menangani ancaman bukan tradisional (lanun, pendatang asing, penyeludup dan lain-lain).
Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan persenjataan dari jenis Lightweight Multirole Missile (LMM) dari Thales, menjadikannya platform bersenjata.
Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Republik Singapura adalah antara angkatan laut yang dikatakan pernah menguji nilai sistem ini sekitar 10 tahun lalu namun sehingga kini tidak dapat dipastikan samada terdapat sebarang perolehan oleh kedua-dua angkatan laut tersebut.
Maritim Malaysia pula telah memilih UAV dari jenis lain untuk memenuhi keperluannya namun tidak dapat dipastikan samada UAV ini dapat berfungsi dengan baik atau tidak dalam memenuhi keperluan operasi Maritim Malaysia.



Galeri





Foto: Internet, Schiebel #MajalahPerajurit
Rujukan

Ehsan Iskandar
Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.