Suspek pengebom Abu Sayyaf, “Omar” Ditangkap di Filipina
Operatif polis dan tentera Filipina telah memberkas “Omar”, suspek pengebom Abu Sayyaf dan merampas satu bom buatan sendiri dalam satu operasi berdasarkan maklumat perisikan di Sitio Sapah Dulian, Barangay Calabasa, sebuah kampung kira-kira 55km dari Zamboanga City Hall, 5.00am Jumaat (Feb 17).
Kejayaan ini sedikit sebanyak akan melumpuhkan keupayaan Abu Sayyaf dalam melaksanakan aktiviti keganasan termasuk keganasan rentas sempadan.
Abu Sayyaf di Malaysia
Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia telah menembak mati lima ahli kumpulan Abu Sayyaf, termasuk seorang ketua kumpulan kecil “Mabar Binda”, dan memusnahkan enam buah rumah di Beaufort, Sabah yang digunakan kumpulan berkenaan dalam operasi Mei 2021 lepas.
Lapan orang anggota kumpulan Abu Sayyaf berjaya ditangkap dalam operasi yang sama, termasuk ketua kumpulan kecil, “Sansibar Bencio”.
Dalam satu operasi lain dua suspek anggota kumpulan Abu Sayyaf ditembak mati dan 11 ditangkap pada bulan Ogos 2021. Operasi di Pulau Timbang, Sabah ini berjaya mematahkan rancangan kumpulan Abu Sayyaf untuk menculik usahawan estet kelapa sawit di Sabah untuk mendapatkan wang tebusan.

Operasi-operasi seperti ini menunjukkan pihak berkuasa Malaysia sentiasa siap siaga dalam menghadapi ancaman dari kumpulan-kumpulan rentas sempadan seperti Abu Sayyaf.

Sumber: Philippine News Agency, The Vibes #MajalahPerajurit