BeritaEksklusif

Mencari Jalan Pulang di Patani

Kongsi di

Jeneral Bersara Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipilih sebagai Fasilitator bagi Rundingan Damai antara Kerajaan Thailand dan kelompok pemisah Patani bermula 1 Januari 2023 menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor yang tamat perkhidmatannya pada 31 Disember 2022.

Pemilihan Tan Sri Zulkifli ini juga dikaitkan dengan perubahan yang berlaku dalam kerajaan Malaysia di mana Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Setakat ini, kesemua pihak berkepentingan khususnya Kerajaan Thailand dan kumpulan perunding yang dianggap mewakili Barisan Revolusi Nasional (BRN) menyambut baik perlantikan ini dan juga melihat sedikit harapan dengan adanya Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dianggap lebih dekat dan memahami psiki dan pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, pertemuan pertama antara Tan Sri Zulkifli dengan Ketua Pasukan Perundingan Kerajaan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh telah diadakan di Hotel Anantara Siam, Bangkok, Thailand pada 3 Feb 2023.

Dalam satu laporan oleh Bangkok Post menyatakan dalam pertemuan pertama ini antara perkara yang dibangkitkan oleh Kerajaan Thailand adalah mewujudkan perjanjian yang dikenali sebagai Joint Comprehensive Plan towards Peace (JCPP) yang akan menentukan prinsip umum yang melitupi hal pengurangan tindakan bersenjata, penyelesaian politik, pendengaran awam dan lain-lain isu.

Dalam satu laporan oleh Benarnews yang memetik kenyataan seorang pakar keselamatan Thailand, Panitan Wattanayagorn memberi pandangan selain daripada peranan fasilator yang baru ini, pihaknya berharap rundingan ini akan melibatkan pihak sebenar yang sememangnya mengetuai kelompok pemisah dan bukannya mantan atau bekas pemisah agar rundingan ini akan lebih berkesan pada masa akan datang.

Ini adalah perjalanan panjang perjuangan ke arah perdamaian di Patani.

Faktor Anwar

Kembalinya Dato Seri Anwar dalam Kerajaan Malaysia bukanlah syarat untuk ini isu ini dapat diselesaikan, namun sekurang-kurangnya ada pintu politik yang boleh dibuka oleh Perdana Menteri Malaysia ini yang dijangka mendapat lebih kepercayaan dari Bangkok dan pejuang sebenar yang berada di Patani.

Namun begitu, Thailand juga akan menghadapi pilihanraya umum mereka pada pertengahan tahun 2023. Ini juga akan memberi ketidaktentuan politik di mana persaingan sengit antara elit politik di Bangkok juga sedang berlaku. Sesiapa yang terpilih menjadi Kerajaan Thailand selepas ini diharap dapat terus berkerjasama dalam meneruskan rundingan yang panjang ini.

Sejarah perundingan di rantau ini tidak mudah.

Pengalaman rundingan perdamaian antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan Kerajaan Indonesian serta Moro Islamic Liberation Front (MILF) dengan Kerajaan Filipina melalui jalan pulang yang panjang dan parut dalam yang sehingga kini ada kesan yang belum pulih sepenuhnya.

Hanya rundingan perdamaian Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dilihat selesai dan tidak timbul banyak perkara berbangkit setelah ianya dimeterai pada tahun 1989 yang pastinya punyai isu dan berbeza dengan Mindanao dan Aceh yang lebih sulit dan kompleks.

Wanlop Rugsanoh dengan Tan Sri Zulkifli

Rujukan

https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/01/10/zulkifli-is-new-chief-facilitator-for-southern-thai-peace-talks

https://www.benarnews.org/english/news/thai/talks-update-01252023145340.html

https://www.benarnews.org/english/news/thai/facilitator-visit-02032023141756.html

https://www.bernama.com/en/sports/news.php?id=2161730

https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2498465/new-peace-envoy-meets-thai-general

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.