EksklusifIndustriSejarah

Keperluan Infantry Fire Support Vehicle Tentera Darat Malaysia

Kongsi di

Malaysia mempunyai dua jenis Kenderaan Jenis A yang kini boleh dianggap obsolete kerana tidak menjalani proses modernisasi selama kira-kira 40 tahun ia berada dalam perkhidmatan kerana kekurangan bajet.

Dua jenis kenderaan yang akan dibersarakan ini iaitu RPZ Condor 4×4 dan Sibmas 6×6, kedua-duanya diperolehi sekitar awal 1980an. Dilaporkan Malaysia memperolehi sekitar 162 unit Sibmas AFSV-90 (Armoured Fire Support Vehicle) dengan meriam 90mm.

Terdapat ura-ura Sibmas 6×6 akan digantikan oleh kenderaan jenis 6×6 juga, manakala Condor 4×4 akan digantikan oleh kenderaan 4×4 juga.

Adakah pemikiran ini mengikut keperluan sebenar Tentera Darat Malaysia?

Tren terbaru ialah kenderaan berperisai tidak lagi dipakai sebagai battle taxi atau hanya mengangkut anggota ke barisan hadapan tetapi bergerak dalam ketumbukan combined arms dan kekal di medan untuk memberi sokongan tembakan kepada anggota infantri terutama dalam menghadapi ancaman kenderaan berperisai yang lain.

Ini dapat dilihat di semua konflik moden termasuk semasa konflik Ukraine – Rusia.

Oleh itu keperluan ialah untuk kenderaan yang boleh dilengkapi dengan persenjataan dari 25mm hingga 105mm (malah mungkin 120mm), jika Tentera Darat memilih persenjataan standard NATO.

Perolehan tambahan Kenderaan Jenis A Gempita 8×8 atau ACV-S (Adnan versi panjang) dengan persenjataan yang sesuai (25mm, 30mm, 90mm, 105mm, versi anti kereta kebal antara lainnya) akan memudahkan logistik Tentera Darat terutama semasa konflik.

Perolehan kenderaan Infantry Fire Support Vehicle oleh angkatan serantau (perhatikan perolehan baru Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia) perlu dijadikan penanda aras keupayaan sebarang perolehan baru oleh Tentera Darat.

Apa yang perlu dielakkan ialah perolehan kenderaan yang menjadikan Tentera Darat pengguna tunggal seperti Sibmas 6×6.

Senarai pasukan Tentera Darat Malaysia yang menggunakan kenderaan berperisai (tidak termasuk kereta kebal utama)

  • Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD)
  • Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD)
  • Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD)
  • Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD)
  • Rejimen Kelima Kor Armor Diraja (5 KAD)
  • Skuadron Armor Para
  • Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR)
  • Batalion ke-7 Rejimen Renjer Diraja Mekanis (7 RRD Mek)
  • Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanis (12 RAMD Mek)
  • Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanis (14 RAMD Mek)
  • Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanis (19 RAMD Mek)
  • Pusat Latihan Mekanis (PULAMEK)
  • Skuadron ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja CBRNe (12 Skn RAJD CBRNe)

Galeri Serantau

Kenderaan berperisai Hunter Armoured Fighting Vehicle Tentera Darat Singapura dalam EKS PANZER STRIKE di Jerman. Hunter AFV dilengkapi dengan meriam 30mm dan peluru berpandu anti kereta kebal SPIKE LR2 dari Israel. Sumber: Tentera Darat Singapura
Kereta kebal ringan ASCOD II Sabrah Tentera Darat Filipina yang dilengkapi dengan meriam 105mm. Sumber: MaxDefense Philippines

Galeri Malaysia

Kenderaan Jenis A Sibmas AFSV-90mm. Sumber: JHEV
Kenderaan Jenis A Gempita 8×8. Varian yang dipamerkan ialah dengan meriam 30mm dan Armoured Command Vehicle. Saiz Gempita 8×8 yang besar memberi kelebihan untuk pemasangan meriam kaliber besar. Sumber: 2 KAD

#MajalahPerajurit

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.