BeritaEksklusifIndustriSejarah

Bajet 2023 Singapura – RSAF Dapat Lagi Lapan F-35

Kongsi di

Kementerian Pertahanan Singapura baru-baru ini mengumumkan pembelian tambahan lapan lagi pesawat stealth generasi kelima Lockheed Martin F-35B Lightning II.

Pembelian tambahan ini dijangka akan dihantar sebelum tahun 2030.

Pengumuman ini dibuat seiring dengan pembentangan Bajet 2023 Singapura (SG Budget 2023).

Sebelum ini Singapura telah mengumumkan perolehan empat pesawat F-35B pada tahun 2019, dan pesawat-pesawat ini dijangka mula dihantar pada tahun 2026.

Pengumuman tambahan lapan lagi pesawat F-35B melengkapkan satu skuadron pesawat stealth generasi kelima untuk Tentera Udara Republik Singapura.

Singapura memilih pesawat stealth generasi kelima F-35B untuk menggantikan secara berfasa pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon dalam perkhidmatan Tentera Udara Republik Singapura sekarang.

Pesawat F-16 dalam perkhidmatan Tentera Udara Republik Singapura dijangka akan mula dibersarakan sekitar pertengahan 2030an.

Gandingan F-35 dan McDonnell Douglas F-15 dijangka akan menjadikan Tentera Udara Republik Singapura antara yang terkuat di Asia Tenggara kerana tiada negara lain yang telah mempunyai pesawat stealth generasi kelima setakat ini.

Pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat dan pesawat F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di EKS PITCH BLACK 2022. Sumber: Menteri Pertahanan Singapura

Thailand juga dilaporkan berminat untuk memperolehi pesawat F-35 namun belum mendapat kata positif dari Washington.

Indonesia juga berminat untuk memperolehi pesawat F-35 namun Washington menawarkan pesawat generasi keempat F-15 sebagai ganti atas alasan Indonesia belum bersedia untuk mengoperasikan pesawat generasi kelima tersebut.

Tim dari Tentera Udara Republik Singapura melawat kilang F-35 Lockheed Martin. Sumber: Menteri Pertahanan Singapura

Foto: Menteri Pertahanan Singapura #MajalahPerajurit

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.

Ehsan Iskandar

Ehsan Iskandar merupakan seorang pemerhati pertahanan yang telah menyumbang kepada Asian Defence Journal dan Perajurit sejak pertengahan tahun 2000an. Beliau gemar mengikuti perkembangan geopolitik serantau.