BeritaEksklusifIndustri

21 GGK Memperolehi Sub Machine Gun Sig MPX K

Kongsi di

Mengikut sumber, 21 Gerup Gerak Khas telah memperolehi sejumlah senjata ringan sub machine gun (SMG) dari jenis Sig MPX K kaliber 9mm untuk memenuhi keperluan Unit Lawan Keganasan.

Senjata ini akan menggantikan senjata Heckler & Koch MP5 secara berperingkat.

Unit Lawan Keganasan sebelum ini menggunakan senjata MP5 dalam pelbagai varian termasuk senjata MP5K dan MP5SD sejak tahun 1980an iaitu sejak awal penubuhan unit tersebut.

Untuk memenuhi keperluan semasa, 21 GGK telah memohon pada TD untuk perolehan senjata SMG yang baru dan peruntukan perolehan telah diluluskan pada tahun 2020 untuk sejumlah senjata baru. Kaedah perolehan adalah melalui Tender Terbuka.

Aspek Teknikal

Senjata SMG Sig MPX K 4.5 SBR adalah jenis kompak dengan ukuran laras 4.5 inci. Pemilihan varian ini adalah bersesuaian untuk situasi Tempur Jarak Dekat yang memerlukan senjata berlaras pendek kerana ruang yang terhad di dalam bangunan, pesawat dan juga kapal.

Perlu ditekankan di sini SMG Sig MPX mempunyai operating system jenis Closed, Full Locked Bolt dan Short-Stroke Piston System.

Ia dikatakan merupakan satu-satunya SMG di dalam dunia yang menggunakan Short-Stroke Piston System. Lain-lain SMG menggunakan Direct Impingement System.

Kelebihannya Short-Stroke Piston System adalah tidak mudah mengalami stoppages.

Pakej Perolehan

Dilaporkan pakej perolehan ini termasuk aksesori seperti berikut:
Alat bidik optik dari jenis Romeo 4T dari Sig Sauer,
Laser aiming module LAS 41 P-R dari Beamshot,
Penyenyap bunyi dari Sig Sauer,
Fore grip dari Sig Sauer,
Carrying case, dan
Hard case.

Dengan penggunaan Sig MPX K ini mampu meningkatkan keupayaan operasi Unit Lawan Keganasan khususnya dan 21 GGK amnya.

Keberkesanan penggunaan SMG ini dijangka akan memberi impak pada perancangan Tentera Darat untuk perolehan lebih banyak lagi senjata dari jenis Sig MPX ini bagi menggantikan SMG lama dalam perkhidmatan.

Perolehan Sig MPX K ini lengkap dengan aksesorinya dan ini memberi nilai tambah kepada kesediaan operasi Pasukan Khusus.

Foto: Sig Sauer #MajalahPerajurit

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.