BeritaEksesaisEksklusif

2 CAV dan 19 RAMD Mek dalam EKS SHARPENED STEEL

Kongsi di

2nd Cavalry Regiment (Australia) dan Battalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanis telah melaksanakan eksesais bersama EKS SHARPENED STEEL di Malaysia.

2 CAV berada di Malaysia sebagai Rifle Company Butterworth (RCB) rotation 137.

Eksesais ini menguji keupayaan kedua-dua pasukan dalam melaksanakan operasi di kawasan terbina (OBUA) menggunakan kenderaan berperisai.

Perhatikan senjata Simunition yang digunakan dalam eksesais ini.

2 CAV

2 CAV Tentera Darat Australia terdiri daripada tiga skuadron tempur iaitu dua skuadron kereta berperisai ASLAV dan satu skuadron kereta kebal M1A1 Abrams, tetapi tidak membawa aset kenderaan tempur mereka ke Malaysia sebagai RCB rotation 137.

19 RAMD Mek

19 RAMD Mek ialah batalion infantri mekanis Tentera Darat Malaysia yang dilengkapi dengan Kenderaan Jenis A GEMPITA 8×8.

Batalion ini terlibat dalam pertempuran Black Hawk Down di Mogadishu, Somalia pada tahun 1993.

RCB rotation 137

Sebelum ini RCB rotation 137 terlibat dalam EKS CRESCENT STAR di Singapura dan EKS MALLEE BULL di Brunei.

Foto: 3rd Brigade Australian Army #MajalahPerajurit

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.

M Hanif Ismail

M Hanif Ismail telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan secara rasmi sejak 2007 dan kini merupakan Editor Perajurit. Topik yang diminati termasuk sejarah dan teknologi ketenteraan.