Berita

Tok Mat Terajui Pertahanan Malaysia

Kongsi di

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2022:  “Sejajar dengan peranan dan fungsi strategik Kementerian, saya komited untuk berkhidmat bersama-sama dengan warga kerja Kementerian dan seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan keselamatan pertahanan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin, pemerkasaan aset-aset ketenteraan menjadi fokus utama agar sentiasa berada dalam kesiapsiagaan dan kualiti tertinggi,” tegas YB Dato’ Seri Utama Haji Muhamad bin Haji Hasan dalam kenyataan media ulung yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertahanan.

Selain daripada itu, beliau juga berhasrat untuk menumpukan dalam menjaga dan melakukan penambahbaikan berterusan terhadap kebajikan para tentera dan veteran tentera, di samping meneruskan komitmen dan usaha untuk melaksanakan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN).

Katanya lagi, DIPKN merupakan satu kerangka dasar yang bakal memacu hala tuju dan asas kepada pembangunan industri pertahanan dan keselamatan Negara sehingga 2030, sebagaimana yang telah digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan.

Kolaborasi pembangunan dasar ini adalah antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dan beberapa agensi yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan.

Beliau juga komited untuk memastikan dasar ini dapat direalisasikan dan diletakkan di landasan yang tepat bagi memastikan objektif-objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan cemerlang

“Misi untuk memastikan pengurusan Pertahanan Negara sentiasa cekap, siap siaga dan dinamik merupakan satu tanggungjawab besar yang saya anggap sebagai ibadah serta kewajipan saya terhadap agama, bangsa dan negara. Oleh itu, tugas saya telah pun bermula tanpa bertangguh,” ujarnya.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.