BukuSejarahUlasan

Ulasan Buku – Portuguese Documents on Malacca from 1509 to 1511

Kongsi di

Setelah membaca buku Portuguese Documents on Malacca from 1509 to 1511 yang merupakan catatan arkib barulah kita faham banyak perkara yang tersorok.

Ia bukan buku sejarah biasa tetapi catatan lapangan dan segala surat-surat rasmi Portugis tentang Melaka.

Buku ini ditulis asalnya dalam bahasa Portugis dan diterbitkan pada tahun 1993. Kemudian ia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Jadi dalam buku ini adalah dwi bahasa: bahasa Portugis dan bahasa Inggeris.

Arkib Negara Malaysia mendapatkan hak penerbitannya di Malaysia pada tahun 2012. Namun sejak 10 tahun kita tak dengar pun orang-orang kita buat ulasan buku ni.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), dulunya Putra World Trade Centre, saya membeli buku ini di gerai Arkib Negara Malaysia.

Sehingga ini saya dah tulis tiga siri ulasan dari buku ini. Boleh melawat di wall lama Facebook saya.

Siri keempat yang dijangka dapat ditulis dalam hujung minggu ini akan menceritakan bagaimana Melaka ditawan Portugis.

Sumber Sulalatus Salatin dan Sumber China

Selain itu, kita selama ini hanya berpandukan Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang ketika kerajaan Johor Riau, 200 tahun selepas kejatuhan Melaka.

Kita juga berpandukan catatan bertulis dari sejarah China khususnya dari Dinasti Ming.

Walaupun tidak semua catatan Portugis boleh dihadam bulat-bulat terutamanya NIAT sebenar mereka mahu menakluki Melaka.

Namun banyak perkara yang kita salah anggap selama ini rupanya terungkai dalam catatan Portugis.

Contohnya kita mengatakan pedagang-pedagang China jadi pengkhianat dengan membantu Portugis utk menyerang Melaka.

Cerita sebenarnya Sultan nak mengadakan majlis perkahwinan puterinya dengan putera Sultan Pahang. Di mana rombongan mempelai diketuai oleh Sultan Pahang sendiri.

Tentulah perbelanjaan yg besar digunakan utk majlis ini. Masa dahulu majlis perkahwinan diraja memang berlarutan agak lama.

Sultan berhutang dengan pedagang-pedagang China dengan tidak membayar barangan yang diambil dan menyebabkan kapal-kapal dagang China tidak mahu meninggalkan pelabuhan.

Sehinggalah kedatangan armada Portugis, pedagang-pedagang ini masih tidak keluar dari pelabuhan walaupun kapal-kapal mereka telah dikosongkan.

Mereka menagih hutang dari Sultan.

Sebab itulah pedagang-pedagang China ini marah dan menyebelahi Albuquerque.

Dalam catatan buku-buku sejarah yang kita pernah jumpa, TIDAK pernah menyebut yang Sultan berhutang dengan pedagang-pedagang China.

Yang disebut cuma pedagang-pedagang China membantu orang Portugis menyerang Melaka.

Istana Bergerak

Contoh lain, kita diberitahu bahawa Sultan Melaka mempunyai sebuah istana yang boleh bergerak di mana terdapat roda pada bangunan itu.

Ini berpandukan kepada sebuah lukisan oleh pelukis Barat yang melukisnya pada era tersebut.

Dalam catatan buku ini menyebut ia adalah “rumah” @ house with wheel yang digunakan semasa majlis perkahwinan diraja.

Dirasakan ia adalah semacam pelamin yang diarak, mungkin ketika itu ke keliling Kota Melaka.

Disebabkan ianya agak besar maka ia disebut “house” dalam catatan Portugis.

Rumah ini telah dimusnahkan oleh Portugis di hari pertama mereka menyerang Melaka.

Nak tahu kisah selanjutnya dari ulasan saya sila ikuti siri keempat di wall laman Facebook saya.

Yang nak dapatkan buku ini boleh beli terus dari Arkib Negara Malaysia atau laman Shopee melalui agen Arkib.

Nota:

Anda boleh membaca tiga siri artikel saya yang terdahulu.

Siri 1: Apa yang dilakukan oleh Alfonso de Albuquerque dalam pelayarannya dari Cochin ke Melaka.

https://m.facebook.com/groups/830724801207627/permalink/1068161964130575/

Siri 2: Detik-detik tegang ketika Alfonso de Abuquerque berbalas maklumat dengan Sultan Melaka

https://m.facebook.com/groups/830724801207627/permalink/1070237847256320/

Siri 3: Kenapa Alfonso de Albuquerque gagal untuk menawan Melaka pada serangan kali pertama?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5234670739935305&id=100001772934965

Malaqua – Circa 1502 AD.
Peta ini dilakar oleh sumber Portugis pada 1502 Masihi. Malaqua ditanda dengan panji merah dengan bulan sabit hijau di tengah. Seawal 9 tahun sebelum 1511, Melaka sudah dicartakan oleh Portugis dalam peta dunia keluaran mereka. (Foto dari laman Facebook The Interesting Historical Facts of Malaysia)

Megat Hisemudin Megat Kasim

Seorang jurutera awam, pengarang matematik dan penganalisa politik.

Megat Hisemudin Megat Kasim

Seorang jurutera awam, pengarang matematik dan penganalisa politik.