BeritaEksesais

RIMPAC 28/2022 Dilancarkan Dengan Rasminya

Kongsi di

Joint Base Pearl Harbor Hickam, Hawaii, Amerika Syarikat, 29 Jun – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dengan rasminya telah melancarkan latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia, RIM OF THE PACIFIC (RIMPAC) edisi ke-28, hari ini.

Dua puluh enam negara, 38 buah kapal permukaan, empat buah kapal selam, sembilan angkatan darat, lebih 30 sistem tanpa pemandu, kira-kira 170 pesawat dan lebih 25,000 kakitangan akan berlatih dan beroperasi di dalam dan sekitar Kepulauan Hawaii dan California Selatan, 29 Jun hingga 4 Ogos.

Tema RIMPAC iaitu pada kali ini ialah “Capable Adaptive Partners”, dimana pasukan RIMPAC akan menggunakan pelbagai keupayaan, memprojeksikan fleksibiliti yang wujud dalam angkatan maritim dan membantu mempromosikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Komander RIMPAC 2022, Vice Admiral Michael Boyle, mengalu-alukan peserta semasa perjumpaan pemimpin-pemimpin dari seluruh pasukan RIMPAC. Michael Boyle dalam ucapannya berkata:

“By coming together as Capable, Adaptive Partners, and in the scale that we are, we are making a statement about our commitment to work together, to foster and sustain those relationships that are critical to ensuring the safety of the sea lanes and the security of the world’s interconnected oceans.

This is also how we find the areas where our national objectives overlap, where we can practice the procedures that will help to enable our interchangeability – the nexus of national will and interoperability.”

Piping the still untuk Vice Admiral Michael Boyle ketika melalui gangway KD LEKIR

Tugasan

Rear Admiral Christopher Robinson dari Tentera Laut DiRaja Kanada ditugaskan sebagai timbalan komander Combined Task Force (CTF), Rear Admiral Toshiyuki Hirata dari Japan Maritime Self-Defense Force sebagai naib komander, dan Pasukan Marin Armada akan diketuai oleh Brigadier Jeneral Joseph Clearfield. 

Pemimpin utama pasukan multinasional lain termasuk Commodore Paul O’Grady dari Tentera Laut DiRaja Australia, yang akan memerintah komponen maritim, dan Brig Jen Mark Goulden dari Tentera Udara DiRaja Kanada, yang akan memerintah komponen udara.

Buat pertama kalinya, Rear Admiral Republik Korea Sangmin An akan berkhidmat sebagai Komander CTF 176, pasukan petugas amfibia RIMPAC.  

Kolonel Kwan Hon Chuong, Tentera Laut Republik Singapura akan berkhidmat sebagai Komander Pertempuran Laut untuk CTF 176, dan Kepten Tentera Laut DiRaja Australia, Michael Osborn CSM akan berkhidmat sebagai Komander Logistik Laut, CTF 173. 

Kapal Auxiliary Oiler Replenishment Tentera Laut DiRaja Australia yang baharu ditauliahkan, HMAS SUPPLY buat  pertama kalinya akan mengambil bahagian dalam latihan antarabangsa ini menjalankan pengisian  minyak di laut dengan tentera laut yang mengambil bahagian.

Vice Adm. Michael Boyle, Komander CTF RIMPAC 2022 mengalu-alukan kedatangan KD LEKIR ke eksesais RIMPAC 2022

Latihan Pelbagai Kemahiran

RIMPAC 2022 akan melaksanakan latihan yang merangkumi latihan penembakan meriam, penembakan peluru berpandu, anti-kapal selam dan pertahanan udara,  operasi amfibia, anti pelanunan, pembersihan periuk api, pelupusan bahan letupan, menyelam dan operasi menyelamat.

Selain itu, latihan itu juga akan memperkenalkan operasi ruang angkasa dan siber kepada semua negara yang terlibat.

“It’s great to see the exercise return to the scale that we have seen in previous years, enabling the combined forces of our 26 partner and allied nations to work together and learn from each other.

We are each maritime nations and we rely on each other to help keep our sea lanes free and open.

RIMPAC provides us with the opportunity to grow and refine our individual and combined abilities, and our joint capacity to contribute to security in the Indo-Pacific region.

This helps us all.”  

kata Timbalan Komander CTF RIMPAC, Rear Admiral Christopher Robinson Tentera Laut DiRaja Kanada.

Sumber: DVIDS / Foto: Bintara Muda KOM Thasaratan a/l Veeramuthu

Foto utama: Vice Admiral Michael Boyle, Komander CTF RIMPAC 2022, melawat KD LEKIR dan disambut oleh Pegawai Memerintah KD LEKIR, Komander Mohd Asri Dasman TLDM dan anak kapal.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.