AcaraBerita

PERSIDANGAN 1st MALAYSIA MARINE INDUSTRY CONFERENCE (MMIC) 2022

Kongsi di

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob hari ini menyempurnakan majlis perasmian 1st Malaysia Marine Industry Conference (MMIC) 2022 anjuran The Institution of Engineers Malaysia (IEM) di UTM Residensi, Jalan Semarak.  

Persidangan ini melakar sejarah sebagai persidangan pertama yang melibatkan industri marin tempatan di Malaysia dan buat julung kali turut melibatkan para akademik dari empat Universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

Selain itu, persidangan juga melibatkan beberapa agensi kerajaan di antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Sungguhpun persidangan ini berskala kecil melibatkan lebih kurang 150 peserta, namun hampir kesemua pemain di industri telah hadir.

Justeru itu, persidangan ini adalah satu kick-starter untuk semua pihak berkepentingan membincangkan cabaran, peluang dan pelan tindak yang perlu dirangka untuk memastikan salah satu industri berat di negara ini berdaya saing dan boleh berkembang, termasuk keupayaan menembusi pasaran serantau.

Tema persidangan kali ini di bawah Pengerusi Penganjur, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung ialah “Bridging the Government, Industry and Academia Towards Developing Indigenous Marine Technology”. 

Sepanjang MMIC, TLDM telah menyampaikan dua Kertas Kerja, di mana diketuai oleh Ketua Jurutera TLDM serta Kepten Ir. Khairol Nizam bin Mansor TLDM.

Bagi memastikan industri marin tempatan kekal mampan dan berdaya saing, TLDM meyokong segala dasar dan inisiatif ke arah self-reliance.  Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan MMIC yang melibatkan hampir semuapihak berkepentingan.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob di majlis 1st Malaysia Marine Industry Conference (MMIC) 2022

Sumber: Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, Pejabat Ketua Jurutera TLDM
Oleh: Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto: Jurugambar The Institution of Engineers, Malaysia

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.

Paklang Hamzah

Penulis adalah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini bergiat aktif di dalam bidang penulisan dalam konteks pertahanan dan keselamatan. Merupakan seorang koresponden Majalah Perajurit sejak tahun 2006.