BeritaEksesaisEksklusif

HELIKOPTER PENINJAU MD530G DAN HOWITZER NEXTER LG1 105MM DALAM LATIHAN KUASA TEMBAKAN 2022

Kongsi di

Helikopter serang peninjau ringan MD Helicopters MD530G dan meriam Nexter LG1 Mk III 105mm, kedua-duanya penambahan terbaru dalam senarai peralatan perang Tentera Darat Malaysia, hari ini (21 Jun) buat pertama kali mengambil bahagian dalam satu latihan di selatan Kuala Lumpur.

Ruang udara kawasan latihan, sebahagian daripada Kem Syed Sirajuddin yang luas di Gemas, 119 km di selatan ibukota bergema dengan dentuman persenjataan yang ditembak serta dilancarkan dari dua MD530G dan pesawat tempur lain di LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT) 2022.

Helikopter MD530G dilengkapi senjata seperti roket 70 milimeter (mm) dan senapang “mini” 7.62 mm mempunyai keupayaan menyerang kenderaan berperisai ringan dan musuh pada jarak antara 500 meter hingga tujuh kilometer serta melaksanakan tugas peninjauan udara, bergantung kepada senjata yang sesuai.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

TURUT DISERTAI ASET TLDM DAN TUDM

Latihan tembakan senjata api dan manuver tempur juga menyaksikan penyertaan unit Tentera Darat lain seperti mekanise, artileri dan udara, serta pesawat dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peralatan lain termasuk kereta kebal tempur utama PT 91M Pendekar, kenderaan tempur infantri AV8 Gempita, AV4 Lipan Bara dan ACV-300 Adnan.

Sistem senjata lain yang digunakan dalam latihan tahun ini merangkumi senjata kecil, meriam berkaliber tinggi dan peluru berpandu, termasuk sistem pelancar roket berganda Astros II (MLRS), meriam G5 MK III 155mm, meriam PH L5 105mm, Peluru Berpandu Anti-Tank Ingwe (ATGM), mortar 81mm dan 120mm serta Pelancar Grened 40mm. Helikopter dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan – Super Lynx dan AS 555 Fennec dari TLDM, EC 725AP dari TUDM dan Agusta A109 LOH juga mengambil bahagian. Paparan dinamik Close Air Support (CAS) oleh pesawat TUDM juga telah diaturgerakkan dengan pejuang F/A-18D Hornet dan BAe Hawk 208. – adj/dl/mgm (Imej: ADJ/Perajurit)

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.