AcaraBerita

MILIPOL ASIA-PACIFIC 2022 MENUTUP TIRAI DENGAN KEJAYAAN TERSENDIRI

Kongsi di

Pameran Milipol Asia-Pacific 2022 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya baru-baru ini. Acara yang berlangsung dari 18 hingga 20 Mei 2022 di Sands Expo, Singapura itu telah berjaya menarik hampir 7,000 pelaway dari 82 negara, 185 pempaper dari 24 negara, dan 120 delegasi rasmi dari 15 negara. Selain itu pameran itu juga menyaksikan enam pavilion antarabangsa dari negara Perancis, Itali, Israel, Singapura, Turki dan Amerika Syarikat. Antara pelawat VIP yang hadir di acara tersebut termasuk Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara dalam Kementerian Urusan Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Nasional Singapura dan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara Malaysia.

Selain pameran, acara Milipol Asia-Pacific yang dianjurkan oleh Comexposium Singapore Pte Ltd itu berjaya menampilkan 20 speaker dari Singapura dan negara luar untuk persidangan Milipol Asia-Pacific dan SII yang berjaya menarik minat lebih daripada 500 hadirin. Selain itu, Milipol Asia-Pacific juga turut diwarnai dengan tiga bengkel khusus yang berjaya mendapat sambutan dari lebih 200 peserta dari industri keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milipolasiapacific.com.

Perajurit merupakan salah satu rakan media bagi acara Milipol Asia-Pacific.

perajurit

Pentadbir Laman Perajurit