AcaraBerita

JANGKAKAN YANG TERBAIK! DEFENSE & SECURITY 2022 – ACARA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN UTAMA ASEAN KEMBALI OGOS INI!

Kongsi di

Selama 20 tahun, Defence & Security telah menjadi salah satu acara pertahanan dan keselamatan ASEAN yang paling penting dan dinamik. Dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pertahanan Thailand, Angkatan Bersenjata Diraja Thai, dan  pengeluar utama dari seluruh dunia yang akan hadir; acara Defense & Security 2022 dijangkakan akan menjadi satu daripada pameran pertahanan dan keselamatan terpenting yang pernah diadakan di rantau ASEAN.

Berdasarkan konsep ‘Kuasa Perkongsian’ (“The Power of Partnership“), kejayaan Defense & Security 2022 dibina atas hubungan yang menggalakkan pembangunan perkongsian. Acara edisi 2022 menandakan edisi ke-sepuluh pameran ini dalam industri sebagai platform utama untuk syarikat pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia untuk membina hubungan dengan pembuat keputusan dan pegawai kanan tentera. Persembahan akan diadakan dari 29 Ogos hingga 1 September 2022 di IMPACT, Bangkok, Thailand.

Defense & Security 2022 dijangka menjadi tuan rumah kepada lebih 10,000 pelawat dari seluruh dunia dan lebih 200 delegasi rasmi termasuk Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera dan pegawai berpangkat tinggi kerajaan daripada 25 negara dijangka hadir – terutamanya dari negara-negara ASEAN. Delegasi tempatan juga dijangka bersama-sama Ketua Angkatan Tentera dan anggota kanan dari tentera, polis, serta agensi kerajaan Thai dan swasta yang berkaitan. Pelbagai acara akan diatur, termasuk Makan Tengahari rasmi, Lawatan VIP, Resepsi Suai Kenal, serta Mesyuarat Antara Kerajaan (G2G) dan Kerajaan-dengan Perniagaan (G2B). Semua akan bertukar pandangan dan diunjurkan akan mewujudkan perkenalan dan perkongsian jangka panjang.

SYARIKAT UTAMA DISAHKAN MENYERTAI

Kebanyakan syarikat pertahanan dan keselamatan terkemuka dunia dalam industri telah mengesahkan penyertaan. Antara syarikat utama termasuk MBDA, Thales, SAAB, Diehl, Aselsan, Embraer, Damen, Chaiseri dan banyak lagi. Terdapat juga lebih daripada 15 Pavilion Negara dari Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, Israel, Jerman, Korea, China, Republik Czech, Thailand dan lain-lain.

Pameran itu akan menampilkan pelbagai peralatan pertahanan dan keselamatan dan termasuk sistem senjata, senjata api, peluru berpandu, kereta kebal, UAV, kenderaan pengangkutan, kapal, satelit, telekom dan pelbagai jenis teknologi pertahanan elektronik. Peralatan produk keselamatan seperti CCTV, penggera penceroboh, akses dan keselamatan elektronik, pistol peribadi, perisai badan, peralatan kawalan rusuhan, sarung tangan pelindung, teknologi penglihatan malam, peranti gangguan komunikasi dan banyak produk canggih lain daripada pengeluar utama juga akan dipamerkan di pameran itu.

Berlangsung sempena Defense & Security 2022 akan diadakan beberapa Seminar dan Persidangan serta demonstrasi langsung yang akan merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan. Akan ada seminar antarabangsa berkaitan isu semasa dalam industri pertahanan dan keselamatan termasuk topik seperti Masa Depan Pembangunan Industri Pertahanan Thailand. Semuanya akan disampaikan oleh pakar dalam bidang mereka.

UNTUK PROFESIONAL SAHAJA

Persembahan ini akan terbuka kepada profesional dalam industri pertahanan dan keselamatan sahaja tetapi tidak terbuka kepada awam. Pra-pendaftaran dalam talian kini dibuka. Anda dinasihatkan untuk membuat pra-pendaftaran dalam talian untuk mengelakkan beratur di tapak pameran. Mengapa tidak melakukannya sekarang! Untuk Prapendaftaran atau maklumat lanjut layari www.asiandefense.com.

Perajurit merupakan salah satu rakan media bagi acara Defense & Security 2022.

perajurit

Pentadbir Laman Perajurit