BeritaIndustri

AS MELULUSKAN PENJUALAN SISTEM ROKET HIMARS KEPADA AUSTRALIA

Kongsi di

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan bertarikh 26 Mei 2022 telah membuat keputusan meluluskan kemungkinan Penjualan Kepada Tentera Asing kepada Kerajaan Australia bagi pelancar HIMARS dan peralatan berkaitan dengan anggaran kos AS$385 juta dollar. Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) menyampaikan pensijilan yang diperlukan untuk memberitahu Kongres tentang kemungkinan penjualan ini pada 26 Mei.

Kerajaan Australia telah meminta untuk membeli dua puluh (20) Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi M142 (HIMARS); tiga puluh (30) Sistem Roket Pelancaran Berganda Berpandu M30A2 (GMLRS); tiga puluh (30) Pod Kepala Peluru Alternatif (AW) dengan Sistem Pendorongan Munitions Tidak Sensitif (IMPS); tiga puluh (30) M31A2 GMLRS Unitary (GMLRS-U) Pod Letupan Tinggi dengan IMPS; tiga puluh (30) Pod GMLRS AW Julat Lanjutan (-ER) XM403 ; tiga puluh (30) Pod Unitari EM404 ER GMLRS; dan sepuluh (10) M57 Army Tactical Missile System (ATACMS).

Turut disertakan ialah Reduced Range Practice Rocket Pods (RRPRP); Sistem Interkom Kenderaan (AN/VIC-3) 3-Stesen; pemasangan komunikasi radio; pelekap senapang mesin; kit integrasi kenderaan sistem pengurusan pertempuran; pelindung roda; komputer riba lasak; penerbitan peralatan latihan; alat ganti dan pembaikan; peralatan sokongan; alat; peralatan ujian; data teknikal; Sokongan Kerajaan dan Kontraktor AS.; perkhidmatan sokongan teknikal dan logistik; dan elemen lain yang berkaitan dengan program dan sokongan logistik. Jumlah anggaran kos program ialah AS$385 juta dollar.

MENYOKONG DASAR LUAR AS

Mengikut kenyataan DSCA, penjualan yang dicadangkan ini akan menyokong dasar luar negeri dan objektif keselamatan negara Amerika Syarikat.

Australia disebut sebagai salah satu sekutu AS yang paling penting di Pasifik Barat dan lokasi strategik kuasa politik dan ekonomi ini menyumbang secara signifikan untuk memastikan keamanan dan kestabilan ekonomi di rantau ini. Oleh itu adalah penting bagi kepentingan nasional AS untuk membantu sekutunya dalam membangun dan mengekalkan keupayaan pertahanan diri yang kuat dan bersedia.

Penjualan yang dicadangkan ini akan meningkatkan keupayaan Australia untuk menghadapi ancaman semasa dan akan datang, dan akan meningkatkan kesalingoperasian dengan tentera AS dan pasukan bersekutu yang lain. Ini dilihat merujuk kepada ancaman China di Laut China Selatan.

Mengikut kenyataan yang sama, cadangan penjualan peralatan dan sokongan ini tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau ini.

Selain Australia, sistem pelancar HIMARS turut dioperasikan oleh Singapura, Jordan, UAE dan Romania. Satu battalion HIMARS secara tipikalnya mempunyai 18 pelancar.

Kontraktor utama bagi program ini ialah Lockheed Martin Inc.; Chelton Inc.; dan L3 Harris Corp. Pembeli biasanya meminta offset dan sebarang perjanjian offset akan ditakrifkan dalam rundingan antara pembeli dan kontraktor.

Dilaporkan pelaksanaan cadangan penjualan ini memerlukan penugasan dua wakil Kerajaan A.S. dan lima wakil kontraktor AS di Australia untuk tempoh satu tahun.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.

Isaak Zulkarnaen

Isaak Zulkarnaen telah berkecimpung dalam bidang penulisan pertahanan sejak pertengahan 1990an dan hasil penulisannya dijadikan rujukan dalam beberapa penulisan akademik lain.